Muatan DVD DVD

Muatan lapisan tunggalMuatan lapisan ganda
Physical sizeGBGiBGBGiB
12 cm, sebelah4.74.378.547.95
12 cm, dua belah9.48.7417.0815.90
8 cm, sebelah1.41.302.62.42
8 cm, dua belah2.82.615.24.84

Jenis 12 cm adalah DVD standard, manakala jenis 8 cm dikenali sebagai mini-DVD, masing-masing sama saiznya seperti CD standard dan mini-CD.

Perhatian: GB di sini ialah gigabait dlaam erti SI, iaitu 109 (atau 1,000,000,000) bait; GiB pula digunakan untuk gibibait, iaitu bersamaan dengan 230 (atau 1,073,741,824) bait. Kebanyakan sistem pengendalian komputer memaparkan saiz fail dalam gibibait, mebibait, dan kibibait.

Contoh: Sekeping cakera dengan muatan 8.54 GB adalah bersamaan dengan:(8.54 × 1,000,000,000) / 1,073,741,824 ≈ 7.95 GiB.

Setiap sektor DVD mengandungi 2418 bait data, dari mana 2048 bait adalah data pengguna.

Perbandingan saiz: Sekeping DVD+RW Sony 12 cm dan pensel 19 cm.

Perhatian: Terdapat perbezaan kecil dalam muatan (ruang storan) format-format DVD lapisan ganda antara + dan -. Contohnya, cakera sebelah 12 cm bermuatan:

Jenis CakeraSektorbaitGBGiB
DVD-R SL2,298,4964,707,319,8084.74.384
DVD+R SL2,295,1044,700,372,9924.74.378
DVD-R DL4,171,7128,543,666,1768.57.957
DVD+R DL4,173,8248,547,991,5528.57.961

Tatanama muatan

Lima jenis DVD yang asas dinamakan sempena anggaran muatan dalam gigabait.

Jenis DVDNama
Sebelah, lapisan tunggalDVD-5
Sebelah, lapisan gandaDVD-9
Dua belah, lapisan tunggal di kedua-dua belahDVD-10
Dua belah, lapisan ganda di sebelah, lapisan tunggal di sebelah lagiDVD-14[7]
Dua belah, lapisan ganda di kedua-dua belahDVD-18

Teknologi

DVD menggunakan cahaya diod laser jarak gelombang 650 nm berbanding 780 nm untuk CD atau 405 nm untuk Blu-Ray. Ini mebolehkan titik yang lebih kecil pada permukaan media (1.32 µm untuk DVD berbanding 2.11 µm untuk CD) berbanding CD.

Kelajuan menulis untuk DVD adalah 1×, iaitu 1350 kB/s (1318 KiB/s), bagi model-model pemacu dan media yang terawal. Model-model yang terkini pula iaitu 18× or 20× adalah 18 atau 20 kali ganda kelajuan tersebut. Diingatkan bahawa bagi pemacu CD, 1× bererti 153.6 kB/s (150 KiB/s), iaitu 9 kali lebih perlahan.[8]